Satu program penyerahan bantuan dan menyantuni peserta MEPK oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Bin Baharum telah dilaksanakan pada 17 Jun 2025 bertempat di Dapur Warisan Mak Tok, Permatang Setar, Pinang Tunggal, SPU.
Pengusaha yang terlibat iaitu Puan Norizan binti Md Yusof menjalankan perniagaan pelbagai menu makanan antaranya Ayam Kicap, Dading Sambal, Ayam Penyet dan pelbagai menu lain yang menarik.
Diusahakan sepenuh masa dengan bantuan suami serta keluarga dan menjalankan perniagaan secara atas talian melalui aplikasi Grab Food, Food Panda dan Misi Rakyat.
Antara bantuan yang diterima melalui Program MEPK ini adalah Cutting Machine /Blender/Chopper, Worktable 3-Layer Shelf Table, Kwali Range 3 Burner, Gas Deep Fryer 2 Bowl (10LX2), Chiller 1 Door Display 350L, dan Periuk Nasi Elektrik 3.6L. Diharap dengan bantuan yang diterima, peserta dapat menambahkan pendapatan dan memajukan lagi perniagaan sedia ada.