12 Disember 2025 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah berjaya menyempurnakan Majlis Penyerahan Dokumen Sign-Off bagi pembangunan Sistem dan Aplikasi Platform P-Digital GIG Ekonomi PERDA di antara syarikat pembekal dengan pihak PERDA.
Majlis rasmi ini, yang disaksikan oleh Pengerusi PERDA, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, menandakan detik pengesahan rasmi kejayaan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) akhir dan kesediaan sistem untuk memulakan fasa operasi.
Pengesahan Kualiti dan Hala Tuju Digital
Menurut YBhg. Dato' Haji Mohd. Asri bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA, Majlis ini menandakan kejayaan berakhirnya fasa pembangunan aplikasi yang dihasratkan oleh Datuk Pengerusi PERDA.
Menurut YBhg. Dato' Haji Mohd. Asri bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA, Majlis ini menandakan kejayaan berakhirnya fasa pembangunan aplikasi yang dihasratkan oleh Datuk Pengerusi PERDA.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada para pelajar TVET PERDA-TECH yang terlibat dalam sesi UAT. "Input daripada para pelajar ini adalah jaminan kualiti dan keberkesanan pelaksanaan yang akan memastikan aplikasi ini akan menjadi aplikasi yang mesra pengguna dan berfungsi sempurna," jelas Dato' Haji Mohd. Asri. Beliau menambah, aplikasi ini merupakan komitmen PERDA untuk memastikan golongan belia, khususnya dalam bidang TVET, sentiasa future-proof dan dapat memanfaatkan peluang ekonomi GIG.
Objektif Memperkasa Belia TVET
Matlamat utama Aplikasi P-Digital adalah untuk menyediakan satu sistem platform aplikasi mudah alih GIG Ekonomi yang akan beroperasi secara atas talian daripada Pemberi Perkhidmatan (Provider) kepada Pengguna (User).
Aplikasi ini akan membolehkan belia berkemahiran dalam bidang TVET (seperti pendawaian elektrik, pemasangan penyaman udara, automatif, fesyen, dll.) untuk:
- Mendaftar, mempromosi, dan memberi perkhidmatan mereka
- Menerima tempahan secara atas talian
- Beroperasi berdasarkan pengesanan lokasi yang paling dekat dengan pelanggan
PERDA berharap aplikasi ini dapat menjadi pemacu transformasi digital di Wilayah Utara khususnya dan Malaysia amnya.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas














