2 - 4 Oktober 2025 | Sungai Duri
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Pemantapan Kepimpinan & Pengurusan Komuniti di Cameron Highlands dengan penyertaan seramai 40 orang pimpinan dan penggerak komuniti Kampung Sungai Duri.
Majlis perasmian pembukaan program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar merangkap Timbalan Pengerusi PERDA manakala majlis penutupan pula telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA dan turut dihadiri oleh Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan PERDA.
Sepanjang program ini, para peserta telah diberi pendedahan dan bimbingan dalam aspek kepimpinan komuniti berkesan, pengurusan organisasi, pembangunan digitalisasi, pengurusan mesyuarat, perancangan serta pelan tindakan pembangunan kampung.
Selain itu, peserta turut mendapat perkongsian berharga mengenai Anugerah Desa Madani (ADM) sebagai inspirasi kepada model pembangunan desa, serta pendedahan mengenai Kampung Angkat Madani (KAM) yang menekankan pendekatan inklusif dan kolaboratif dalam membangunkan komuniti.
Untuk makluman, Kampung Sungai Duri merupakan Kampung Angkat Madani Pengurus Besar PERDA yang mengambil bahagian dalam ADM dan memperoleh tempat ketiga pada tahun 2024 peringkat negeri Pulau Pinang.
Program anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ini diadakan bagi memperkasakan barisan pimpinan komuniti agar lebih berwibawa, tersusun dan berwawasan.
Semoga pelaksanaan program ini menjadi titik tolak kepada pengurusan komuniti yang lebih mantap, sekali gus memperkukuh kesejahteraan masyarakat Kampung Sungai Duri selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

GALERI GAMBAR