9 - 11 Oktober 2025 | Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang
Bahagian Pembangunan Insan (BPI) telah menganjurkan Kursus Solekan dan Tatarias di bawah Program Bimbingan Pemula 2025 pada 9 – 11 Oktober 2025 bertempat di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Majlis perasmian dan penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Noor Hayati Binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, yang turut dihadiri oleh Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan PERDA.
Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan ilmu mengenal pelbagai alat solekan, ilmu solekan terkini serta gaya pemakaian tudung yang boleh dikomersialkan dalam pasaran. Para peserta juga diberi pendedahan berkaitan ilmu mengambil gambar, video dan teknik mengedit gambar serta video sekaligus boleh digunapakai dalam mempromosikan produk masing-masing.
Kursus ini dihadiri oleh 34 peserta yang terdiri dari ibu tunggal sebagai golongan sasar yang ingin dibantu oleh PERDA dengan tujuan menjana pendapatan dan mengukuhkan ekonomi golongan sasar.
Kursus ini dihadiri oleh 34 peserta yang terdiri dari ibu tunggal sebagai golongan sasar yang ingin dibantu oleh PERDA dengan tujuan menjana pendapatan dan mengukuhkan ekonomi golongan sasar.
Semoga dengan pelaksanaan kursus ini, peserta berani dan bersedia memasarkan produk melalui atas talian dan sebagai pendorong agar peserta berdaya maju dalam bidang keusahawanan.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas


















