Festival Sungai & Program Pemerkasaan Sektor Pertanian KPKM Inc. Pulau Pinang @ Agrotourism PERDA Labuh Banting

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
27 - 28 September 2025   |   Seberang Perai Utara

Program Festival Sungai & Program Pemerkasaan Sektor Pertanian KPKM Inc. Pulau Pinang @ Agrotourism PERDA Labuh Banting, Seberang Perai Utara adalah program yang berlangsung pada 27 hingga 28 September 2025.

Di bawah Festival Sungai @ Agrotourism PERDA Labuh Banting, beberapa aktiviti diadakan sebagai tarikan penyertaan dan promosi kepada Program Agrotourism Tasek Gelugor di bawah PERDA.

Antaranya ialah pertandingan memancing, mewarna, memasak, meneka berat udang, dan tawaran secara percuma menaiki bot menyusuri sungai (river cruise).
Aktiviti-aktiviti ini akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang mengikut jadual.

Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini melibatkan tenaga kerja daripada warga kerja PERDA dan ahli-ahli Koperasi Nelayan Sungai Labuh Banting. Ia berlangsung berdekatan dengan jeti nelayan Labuh banting.

Program Festival Sungai Labuh Banting ini berlangsung bersekali dengan Program Pemerkasaan Sektor Pertanian KPKM Inc. Pulau Pinang anjuran jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Pulau Pinang.

Di bawah Program Pemerkasaan Sektor Pertanian, para petani dan peladang di empat buah kampung berdekatan iaitu Kampung Guar Petai, Kampung Jawa, Kampung Bharu dan Kampung Labuh Banting sendiri telah menerima insentif berupa bantuan pertanian dan jentera daripada KPKM.

Pemberian-pemberian insentif yang dinyatakan tadi telah disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu YB Datuk Seri Mohamad Sabu di program ini pada 28 September 2025.

Program yang melibatkan YB Menteri tersebut berlangsung di Dewan Tebatan Banjir Labuh Banting yang terletak lebih kurang 300 meter dari jeti nelayan Labuh Banting.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.