13 - 14 Oktober 2025 | PICCA, Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus komited memperkukuh budaya governans, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga kerjanya melalui penganjuran Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Siri 2/2025 yang telah berlangsung pada 13 dan 14 Oktober 2025 di PICCA Butterworth, Pulau Pinang.
Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh panel penceramah daripada Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), iaitu Puan Shuhairoz binti Mohamad Shukeri, Tuan Mohd Zamizar bin Zakaria dan Tuan Nur Irwan bin Abd Rahman.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA.
Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional PERDA telah menyertai kursus ini dengan penuh komitmen dan semangat pembelajaran.
kursus ini bertujuan untuk melahirkan warga kerja PERDA yang berintegriti dan beretika tinggi, meningkatkan kesedaran tentang risiko dan impak rasuah dan memantapkan amalan tatakelola baik dalam pelaksanaan tugas harian.
PERDA percaya bahawa usaha berterusan dalam pendidikan integriti dan governans adalah kunci kepada pembentukan organisasi yang telus, amanah dan berwibawa.
Semoga penganjuran kursus seperti ini secara konsisten dapat memupuk kesedaran, memperkukuh nilai integriti, dan menyemai budaya kerja yang bebas rasuah dalam kalangan warga kerja PERDA.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas























