Majlis Bersama Pembeli Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 2 dan 3

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
25 Januari 2025   |   Ibu Pejabat PERDA
 
Pada 25 Januari 2025 PERDA telah mengadakan Majlis Bersama Pembeli Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 2 dan Fasa 3 di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.

Objektif majlis ini adalah sempena pembukaan jualan perumahan Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 2 dan Fasa 3. Ini adalah untuk memudahkan pembeli berurusan dengan pihak bank dan peguam bagi urusan pembiayaan dan perjanjian jual beli.

Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran 46 pembeli yang telah mendaftar di program Pra Pelancaran Taman Sungai Bakap Perdana Fasa 2 dan 3 pada 23 Jun 2024, pihak bank dan pihak peguam yang terlibat.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal PERDA.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.