Seksyen Pemasaran Hartanah, Bahagian Hartanah Teknikal PERDA berjaya menganjurkan Bengkel Latihan Pentadbiran Kepimpinan Komuniti khusus untuk wakil penduduk Perumahan Kos Rendah Blok 6 & 7 Teluk Kumbar di Hotel Bahang Bay.
Program selama dua hari ini menghimpunkan seramai 20 peserta, terdiri daripada 9 orang wakil komuniti Teluk Kumbar dan 11 orang pegawai PERDA yang terlibat secara langsung dalam aspek undang-undang, teknikal dan pemasaran.
Objektif utama bengkel adalah untuk:-
- Memberi pendedahan tentang kepentingan urus tadbir kediaman strata, meningkatkan kefahaman tentang penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) serta memperkukuhkan hubungan dua hala antara PERDA dan komuniti.
Bengkel yang dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) ini turut dihadiri oleh wakil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); Encik Muhammad Naim Aiman bin Mohd Khairi (Penolong Pegawai Penilaian), Encik Ng Ah Hong (Pembantu Penilaian Majlis) serta wakil Perbadanan Pengurusan (MC) Taman Kumbar Permai, Encik Roslan bin Ibrahim (Pengurus Bangunan).
Sesi interaktif tentang pengalaman dan perbincangan secara terbuka ini adalah sejajar dengan komitmen PERDA untuk memperkasakan komuniti secara menyeluruh dan berterusan.