16 Mac 2025 | Pulau Pinang
PERDA4U adalah program sosial dan kemasyarakatan serta aktiviti sukarelawan yang dianggotai oleh kakitangan PERDA. Justeru PERDA4U akan terus menyantuni komuniti dan masyarakat khususnya di Pulau Pinang.
Untuk tahun ini, SKUAD PERDA4U sekali lagi "buat hal" dengan menyantuni petugas keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan di sekitar Pulau Pinang dengan pek makanan bersahur mereka.
Turut serta dalam program ini adalah Dato' Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA dan Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA.
PERDA4U mengedarkan lebih 500 pek makanan sahur dan sumbangan di beberapa lokasi antaranya:
- Balai Polis Bayan Baru
- Hospital Pulau Pinang
- Penjara Pulau Pinang
- Maritim Pulau Pinang
- Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru
- Rider GRAB sekitar Padang Kota
PERDA4U adalah program sosial dan kemasyarakatan serta aktiviti sukarelawan yang dianggotai oleh kakitangan PERDA. Justeru PERDA4U akan terus menyantuni komuniti dan masyarakat khususnya di Pulau Pinang.
Jutaan terima kasih kepada usahawan- usahawan PERDA dan semua rakan-rakan penyumbang yang terlibat dalam menjayakan program ini.