16 Oktober 2025 | Ibu Pejabat PERDA
Pada 16 Oktober 2025, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menerima kunjungan daripada panel penilai bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK) KKDW.
Sesi penilaian ini diketuai oleh Encik Mohamad Hilmi bin Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan dari RISDA, bersama pasukan penilai yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan sektor awam.
PERDA pula diwakili oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta barisan pegawai dari Bahagian Kewangan.
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada agensi yang menunjukkan tahap akauntabiliti, ketelusan, dan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan.
Menerusi sesi penilaian ini, PERDA dinilai dari pelbagai skop pengurusan dan tataurus kewangan.
PERDA merakamkan penghargaan kepada pihak penilai atas kerjasama dan pandangan membina sepanjang sesi tersebut.
Semoga PERDA terus cemerlang dan berjaya mencapai pengiktirafan dalam Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK) ini, seiring dengan komitmen untuk melaksanakan tadbir urus pengurusan kewangan dengan berkesan dan penuh profesionalisme.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
















