3 November 2025 | PERDA-TECH
Satu sesi perbincangan dan penerangan khas telah diadakan bersama Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIMOS Service bagi membincangkan pelaksanaan program dan kursus berteraskan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) di PERDA-TECH.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik PERDA-TECH dalam memperkasakan keupayaan dan pengetahuan Tenaga Pengajar terhadap penggunaan teknologi AI dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta menilai kesesuaiannya dalam sistem akademik TVET.
Melalui sesi ini, PERDA-TECH berharap dapat memperluas kerjasama strategik bersama pihak MIMOS dalam memperkukuh adaptasi teknologi baharu seiring dengan kemajuan industri dan keperluan masa kini.
PERDA-TECH Perkukuh Inisiatif AI Melalui Perbincangan Bersama MIMOS Service
- Hits: 80

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas

