Perhimpunan Bulanan Bulan Julai 2025 & Bicara Ilmu

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
21 Julai 2025   |   Ibu Pejabat PERDA

Perhimpunan bulanan bagi bulan Julai telah berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan, Butterworth. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, yang turut disertai oleh Pn. Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), dan Tn. Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

Dalam ucaptama Dato’ Pengurus Besar, beliau telah menyentuh beberapa perkara penting termasuk prestasi semasa perbelanjaan agensi, penekanan terhadap aspek integriti dan disiplin dalam kalangan warga kerja, serta persiapan menghadapi sukan MARKSPEN yang dijadualkan berlangsung pada Ogos akan datang.

Majlis turut diserikan dengan pengisian ilmu menerusi Program Bicara Ilmu Integriti yang bertajuk “Rasuah dan Integriti”. Sesi ini telah disampaikan oleh Tuan Zool Amali bin Omar, Ketua Unit Integriti FELCRA, yang berkongsi pandangan serta peringatan penting berkaitan isu integriti dalam perkhidmatan awam.

Adalah diharapkan agar sesi perkongsian ini dapat menambah kefahaman dan menyuntik kesedaran dalam kalangan warga kerja PERDA tentang pentingnya mengamalkan integriti dalam setiap aspek tugas dan tanggungjawab.
 

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.