Majlis Temu Mesra PERDA Bersama Penyewa-Penyewa di Premis Kona Mai @ Guar Perahu

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
28 Jun 2025  |  Guar Perahu

Majlis Temu Mesra PERDA bersama penyewa-penyewa di premis Kona Mai @ Guar Perahu telah berjaya dilaksanakan pada 28 Jun 2025. Majlis ini dihadiri oleh seramai 7 orang penyewa yang menyewa di premis tersebut.

Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah bagi melihat tahap keterlibatan para penyewa, mewujudkan persekitaran yang harmoni di kawasan operasi PERDA, serta memperkukuh hubungan baik antara PERDA dan para penyewa. Selain itu, majlis ini juga menjadi platform untuk pihak PERDA menyalurkan maklumat berkaitan dasar, pembangunan, dan inisiatif-inisiatif semasa kepada para penyewa.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan sesi bacaan Yasin dan doa selamat yang diketuai oleh Imam 1 Masjid An-Nur, Tuan Haji Ishak bin Abdullah. Sesi ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kelangsungan operasi premis dan semoga urusan semua pihak dipermudahkan serta diberkati.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum (Pengurus Besar PERDA), Tuan Haji Anuar bin Shahab (Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan)), Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop (Pengurus Hartanah dan Teknikal), pegawai-pegawai PERDA, serta Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur.

Majlis seumpama ini diharapkan dapat menjadi medium yang berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan silaturrahim antara PERDA, para penyewa serta komuniti setempat.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.