09 April 2025 | PERDA-TECH
Program Outreach Unit Bimbingan & Kaunseling PERDA-TECH telah berlangsung pada 09 April 2025 bertempat di Insititut Kemahiran Tinggi PERDA. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Bimbingan & Kaunseling dan terbuka kepada seluruh kakitangan, pensyarah serta pelajar PERDA-TECH.
Objektif program ini adalah mempromosi Unit Bimbingan & Kaunseling (UBKPT), memberi pendedahan tentang ujian-ujian psikologi, terapi-terapi, permainan yang menarik serta membina hubungan baik antara pembimbing/kaunselor dan warga PERDA-TECH.
GALERI GAMBAR