12 - 14 November 2025 | Midtown PERDA, Kubang Menerong
PERDA telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Pelaksanaan Projek Fizikal Tahun 2025, Penyelarasaan Projek Fizikal Tahun 2026 dan Perancangan Projek Fizikal Tahun 2027 pada 12 hingga 14 November 2025 bertempat di Dewan Rafflesia, Midtown PERDA Kubang Menerong.
Bengkel ini melibatkan penyertaan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat dalam proses penyelarasan, semakan serta perancangan projek fizikal PERDA bagi memastikan pelaksanaan projek lebih teratur, efektif dan selaras dengan sasaran organisasi.
Fokus utama bengkel merangkumi:
- Pemurnian status pelaksanaan projek fizikal 2025
- Penyelarasan keutamaan projek fizikal 2026
- Perancangan awal projek fizikal 2027
- Perbincangan isu teknikal dan penambahbaikan proses pelaksanaan pembangunan
PERDA merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama sepanjang bengkel ini. Semoga hasil perbincangan dapat memperkukuh keberkesanan pelaksanaan projek fizikal PERDA pada masa hadapan.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas
