Pemukiman Laporan Strategik Mid-Term KPI PERDA 2025: Keberhasilan & Hala Tuju

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
3 - 4 Julai 2025  |  Bertam Resort, Kepala Batas

Bahagian Perancangan Strategik PERDA telah menganjurkan Pemukiman Laporan Strategik Mid-Term KPI PERDA 2025: Keberhasilan & Hala Tuju yang telah berlangsung pada 3 hingga 4 Julai 2025 di Bertam Resort, Pulau Pinang.

Program ini melibatkan penyertaan semua pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional PERDA, dan bertujuan untuk menilai pencapaian semasa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi separuh pertama tahun 2025 secara menyeluruh, objektif dan berfakta.

Selain itu, pemukiman ini turut memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti isu, cabaran dan jurang pelaksanaan yang boleh memberi kesan kepada pencapaian KPI PERDA. Di samping itu, pelbagai pendekatan penyelesaian yang bersesuaian turut dirangka bagi memastikan matlamat strategik PERDA dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Pemukiman ini merupakan antara inisiatif berterusan PERDA dalam memperkukuh tadbir urus prestasi serta perancangan strategik organisasi, sejajar dengan aspirasi pembangunan yang digariskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Turut hadir ke sesi pemukiman ini ialah YBhg. Dato’ Mohd. Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA dan Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.