Sambutan Hari Kebangsaan ke-68: PERDA-TECH Raih Tempat Kedua Dalam Perarakan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
31 Ogos 2025   |    Stadium Batu Kawan

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun ini amat bermakna buat seluruh warga PERDA-TECH, sejajar dengan konsep “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” yang menjadi tema rasmi sambutan.

Dalam semangat patriotisme dan perpaduan, kontinjen PERDA-TECH telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang dan berjaya meraih Tempat Kedua (Naib Johan) dalam Kategori Institut Pengajian Tinggi.

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan semangat cintakan negara, tetapi juga membuktikan kemampuan warga PERDA-TECH dalam menyerlahkan nilai-nilai MADANI melalui disiplin, kerjasama dan persembahan yang berimpak.

Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen PERDA-TECH! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus maju dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025