15 Oktober 2025 | PERDA-TECH
Sekretariat Program Pembangunan Insan (Aktiviti Pelajar) telah menganjurkan Klinik Kerjaya: Inspirasi Graduan Berketrampilan kepada pelajar semester akhir program Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi Komputer, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Automotif PERDA-TECH.
Objektif utama Klinik Kerjaya ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tahun akhir program diploma bagi membantu mereka mempersiapkan diri untuk dunia pekerjaan, termasuk persediaan resume online, temuduga, dan kemahiran sahsiah diri.
Selain itu, program ini juga menawarkan kaunseling kerjaya dari pihak PERKESO yang melibatkan perkhidmatan nasihat kerjaya dan sokongan emosi kepada bakal graduan ini bertujuan untuk memotivasikan mereka dalam usaha penentuan laluan kerjaya mereka – dipadankan dengan teknologi AI melalui Portal MY Future Jobs.
Semoga program ini membolehkan para pelajar yang bakal bergelar graduan PERDATECH mendapat kerjaya yang sesuai dengan bidang pengajian dan seterusnya menjadi aset berharga kepada organisasi mereka kelak.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas







