Program Pembangunan Komuniti Harmoni : Kursus Pemantapan Pengurusan Organisasi

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
22 - 24 Februari 2025   |   Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Organisasi pada 22 - 24 Februari 2025 di Cameron Highlands, Pahang bagi meningkatkan kecekapan dan profesionalisme ahli koperasi dalam pengurusan organisasi.

Kursus ini menekankan aspek kepimpinan, tadbir urus, pengurusan sumber dan kewangan, serta perancangan strategik melalui sesi interaktif, perbincangan kumpulan, dan latihan praktikal. Peserta turut berpeluang berkongsi pengalaman serta cabaran dalam organisasi masing-masing.

Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), PERDA dan turut dihadiri oleh Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan, PERDA.

Disertai oleh 34 peserta dari Jawatankuasa Koperasi dan Kelab, kursus ini diharapkan dapat memperkukuh daya saing organisasi dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.