Perhimpunan Bulanan September dan Majlis Semarak Merdeka

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
12 September 2025    |    Ibu Pejabat PERDA

Perhimpunan Bulanan September dan Majlis Semarak Merdeka telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA. Majlis ini merupakan penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan PERDA bagi tahun 2025.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, diiringi Tn. Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan Pn. Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

Antara pengisian menarik sepanjang majlis termasuk penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kuiz Kahoot bertemakan kemerdekaan, Pakaian Terbaik Mengikut Bahagian dan pertandingan Video Kreatif.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta warga kerja PERDA yang menjayakan majlis ini. Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam setiap langkah kita membangun bangsa dan negara.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.