Karnival Usahaniaga Sesi Januari 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
16 April 2025   |    Bangunan ICT, PERDA-TECH

Karnival Usahaniaga Sesi Januari 2025 telah berlangsung pada 16 April 2025 bertempat di Ruang Legar Bangunan ICT Institut Kemahiran Tinggi PERDA.

Gerai-gerai jualan telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (Kejuruteraan Elektrik), manakala tiga projek mini iaitu Projek Dedikasi Sempena Hari Raya dan Hari Guru, serta projek Photobooth dikendalikan oleh pelajar-pelajar Diploma Multimedia Kreatif.

Kesemua barangan dan makanan telah habis dijual dan jumlah kutipan adalah sebanyak RM4,375.06. Tahniah kepada semua pelajar yang telah menyertai karnival ini.

Semoga pengalaman sepanjang karnival usahaniaga ini dapat membuka minda, memupuk minat dan mencambah jiwa keusahawanan pelajar untuk digunakan pada masa hadapan kelak.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.