Majlis Pelepasan Produk Bertambest Ke Negara Kemboja & Pelancaran Produk Mini Pack

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

22 Disember 2025   |   Tasek Gelugor

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bertambest Sdn Bhd atas kejayaan menembusi pasaran antarabangsa melalui Majlis Pelepasan Produk ke Kemboja.

Majlis ini telah dihadiri oleh wakil daripada PERDA, MATRADE, barisan pembekal serta pelanggan setia syarikat.

Sebanyak 400 karton produk merangkumi Penang Best White Coffee dan Penang Best Teh Tarik telah dilepaskan bagi memenuhi permintaan pasaran Kemboja hasil kerjasama strategik yang dimeterai sejak November lalu.

Dalam majlis yang sama, Bertambest turut mengorak langkah dengan melancarkan siri Produk Mini Pack terbaharu (6 variasi) untuk pasaran tempatan.

Lebih menarik lagi, para pengguna kini berpeluang menyertai Kempen Beli dan Menang yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan sepanjang tempoh promosi.

PERDA sentiasa komited menyokong usahawan bimbingan dalam memperluas empayar perniagaan ke peringkat global.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan tempatan.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.