Kursus Asas Pertahanan Awam dalam Pengurusan Bencana Skuad Ihsan Madani KKDW

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
1 - 3 Julai 2025  |  Langkawi

Kursus Asas Pertahanan Awam dalam Pengurusan Bencana Skuad Ihsan Madani KKDW bagi Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 1 hingga 3 Julai 2025 bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Langkawi.

Kursus anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas berkaitan ilmu serta kemahiran dalam pengurusan kecemasan dan bencana. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kendiri, keyakinan serta kesedaran sivik dalam aspek keselamatan komuniti.

Seramai lima orang anggota dari PERDA telah menyertai kursus ini. Diharapkan penyertaan mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi nilai tambah dalam usaha menangani sebarang situasi kecemasan yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.