Lawatan Penanda Aras oleh Jabatan Kejuruteraan Pertanian ke UITM Jasin dan UCAM Alor Gajah, Melaka telah berlangsung pada 17 Jun 2025.
Objektif lawatan penanda aras ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran akademik bagi membangunkan kurikulum program baharu, melihat infrastruktur dan teknologi semasa serta mengadakan jalinan kerjasama akademik bersama kedua-dua institusi.
Jabatan Kejuruteraan Pertanian dijangka menawarkan Diploma Agro Teknologi pada sesi Julai 2027 bagi lepasan SPM yang berminat dan akan di akreditasi oleh MBOT (Lembaga Teknologis Malaysia).