Sorotan Hari Kedua EXPO PERDA (EXPERT) 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
17 Oktober 2025   |  Midtown PERDA, Kubang Menerong

Penganjuran EXPO PERDA (EXPERT) 2025 memasuki hari kedua dengan sambutan yang semakin menggalakkan di Midtown PERDA, Kubang Menerong.

Pengunjung terdiri daripada usahawan tempatan, pelajar TVET, serta masyarakat setempat hadir bagi mengikuti pelbagai aktiviti menarik termasuk demonstrasi produk, bengkel keusahawanan, dan sesi perkongsian bersama ikon industri.

Program hari ini menampilkan pelbagai pameran berimpak tinggi yang menonjolkan inovasi dan kreativiti usahawan luar bandar, seiring dengan usaha PERDA memperkukuh ekosistem keusahawanan melalui teknologi dan pendigitalan.

Sambutan positif pada hari kedua ini membuktikan komitmen masyarakat terhadap pembangunan keusahawanan luar bandar yang mampan dan berdaya saing.

Orang ramai masih berpeluang untuk berkunjung sehingga 19 Oktober 2025, dengan kemasukan percuma sepanjang penganjuran. 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.