17 - 18 Ogos 2025 | Belantara Resort, Terong, Perak Darul Ridzuan
Bengkel Pemantapan Usahawan Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Siri 1 Tahun 2025 telah diadakan pada 17 hingga 18 Ogos 2025 bertempat di Belantara Resort, Terong, Perak Darul Ridzuan. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA, Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab.
PREP merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk memberi peluang kepada masyarakat Pulau Pinang bagi menjana pendapatan tambahan khususnya usahawan baharu yang mempunyai kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan.
Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 1 ini melibatkan para mentee daripada tujuh (7) bidang keusahawanan iaitu Pengurusan Acara & Majlis, Penjagaan Tanaman Hiasan, Penjagaan Haiwan, Rekabentuk & Hiasan Dalaman, Perbidanan, Terapi Urutan & Fisio Sukan dan Rekaan Fesyen.
Objektif pelaksanaan Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 1 ini adalah pembentukan jati diri serta jalinan kerjasama usahawan bimbingan PERDA khususnya mentee program ini dalam mendepani cabaran menjadi seorang usahawan pada masa kini.
GALERI GAMBAR