18 September 2025 | Georgetown, Pulau Pinang
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) pada 18 September 2025 di Tamarra By Irama Dining, Georgetown, Pulau Pinang.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA, bersama-sama YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM berserta kehadiran barisan pengurusan tertinggi kedua-dua belah pihak.
Kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh bidang penyelidikan, pembangunan modal insan, TVET, keusahawanan serta perkongsian kepakaran.
Sebagai permulaan, dua projek rintis telah dilaksanakan iaitu pembangunan baja organik berasaskan sisa buah-buahan bersama Jeruk Madu Pak Ali serta projek pembangunan pembungkusan produk melalui IMTANOMIC Sdn. Bhd., anak syarikat USM.
Dalam majlis ini, PERDA turut menyerahkan replika cek berjumlah RM20,000 bagi menyokong kedua-dua projek tersebut.
Langkah ini mencerminkan komitmen PERDA dalam memperkasakan inovasi, penyelidikan dan pembangunan ekonomi setempat selaras dengan aspirasi melahirkan masyarakat berdaya saing dan progresif.
GALERI GAMBAR