16 Disember 2025 | Butterworth
Satu lawatan kerja telah diadakan bertujuan memperkukuhkan perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman, khususnya berkaitan aspek penguatkuasaan, perundangan serta amalan kerja yang menyokong pengurusan perumahan awam, termasuk urusan penawaran, perjanjian dan tadbir urus berkaitan.
Lawatan ini telah diketuai oleh Pengurus Kanan Bahagian Guaman PDC, En. Mohd Sani bin Mohd Akien, manakala pihak PERDA diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pn. Noor Hayati Ishak.
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk:
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk:
- Berkongsi amalan kerja, ilmu dan maklumat berkaitan penguatkuasaan, pematuhan serta aspek perundangan dalam hal ehwal perumahan;
- Berkongsi pendekatan tadbir urus dan dokumentasi perundangan termasuk pengurusan perjanjian dan terma berkaitan seperti Rent-To-Own (RTO) serta urusan jual beli;
- Menyelaraskan kefahaman undang-undang antara PERDA dan PDC dalam perkara-perkara berkaitan; dan
- Meningkatkan keberkesanan tatacara kerja dalaman serta memperkukuhkan kerjasama profesional antara kedua-dua pihak.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi nilai tambah, memperkukuh hubungan strategik serta menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam pengurusan perumahan awam.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas













