Majlis Sentuhan Kasih Ramadan PERDA 2025 bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
22 Mac 2025   |   Padang Chempedak, Tasek Gelugor

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah antara komuniti kampung dan PERDA, selain menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal bagi meringankan beban mereka menjelang aidilfitri.

Seramai 62 anak Tahfiz, 96 orang anak yatim dan 100 orang asnaf telah diraikan dan diberikan sumbangan duit raya dengan jumlah keseluruhan RM30,000.

Selain itu, PERDA turut menyumbang sebanyak RM2,000 dan tambahan RM8,000 daripada Pengerusi PERDA (sumbangan peribadi) yang manjadikan jumlah sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pengurusan Masjid Ar-Rahman, Padang Chempedak, Pulau Pinang.

PERDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kita bertemu lagi di Ramadan tahun hadapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.