20 - 21 November 2025 | Tasek Gelugor
Meninjau Agrotourism Tasek Gelugor dan Kompleks PERDA Food Park serta Forum Perkongsian Succes Story Bersama Usahawan PERDA
Bahagian Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan lawatan ilmiah di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) ke wilayah Pembangunan PERDA meliputi Agrotourism Tasek Gelugor, Kompleks PERDA Food Park dan kilang usahawan ikon PERDA.
Rombongan seramai 42 orang peserta ini diketuai oleh Pengurus Pembangunan Ekonomi dan Usahawan KEJORA, Mohd Fakhrur Razziy Hazran.
Para peserta merupakan peserta PROSPEK dari Mukim Jorak Panchor, Muar Johor (dari kalangan usahawan dan ahli koperasi), wakil Pejabat Daerah Muar, dan tenaga pengajar dari institusi pendidikan tinggi sekitar Muar, serta pegawai-pegawai pengiring dari KEJORA.
Tujuan lawatan ilmiah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan, bertukar-tukar pandangan dan membuka peluang kolaborasi antara usahawan bimbingan PERDA dan KEJORA.
Pada waktu pagi, di Agrotourism Labuh Banting, Tasek Gelugor SPU para peserta lawatan berpeluang menyusuri sungai menggunakan perkhidmatan bot pelancong yang diuruskan oleh Koperasi Nelayan Labuh Banting. Ketika menyusuri sungai, mereka berkesempatan melihat flora dan fauna yang terdapat di sepanjang laluan sehingga ke Jeti Sungai Pengkalan Machang.
Para peserta juga di bawa mengelilingi kampung dengan berbasikal dan menaiki trem. Aktiviti ronda kampung ini membuka ruang kepada mereka untuk melihat lebih dekat perusahaan-perusahaan ekonomi kampung yang dijalankan oleh penduduk Kampung Labuh Banting. Antaranya proses pembuatan tapai, ternakan dan pengumpulan madu kelulut dan proses pembuatan dodol secara tradisional.
Pada sebelah petang, para peserta lawatan telah di bawa ke Kompleks PERDA Food Park, Tasek Gelugor SPU untuk menyaksikan perusahaan makanan dan minuman secara komersial yang diusahakan oleh usahawan-usahawan bimbingan PERDA.
Di sini mereka telah diberi penerangan berkaitan perjalanan urus tadbir kompleks dan perusahaan-perusahaan yang terdapat di kompleks ini oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA, Mohamad Hazahari Md Haris.
Mereka berpeluang melihat sendiri proses pembuatan sesuatu produk yang dikeluarkan di kompleks kilang ini selain boleh merasa dan menikmati hasilan siap berupa pelbagai produk makanan dan minuman.
Kemudian pada sebelah malam, bertempat di Hotel City Bayview telah diadakan sesi perkongsian Succes Strory oleh Usahawan Ikon Bimbingan PERDA. Seramai tiga orang usahawan bimbingan PERDA telah dibawa untuk berkongsi pengalaman memulakan perniagaan sehingga mencapai kedudukan dan kejayaan yang diraih kini.

Mereka ialah Mohd Hafiz Ramli, pemilik Sofizshop Mart pengeluar dodol tradisional, Norhaslina Mohd Pisol, pemilik syarikat DCO Diamond Global yang terlibat di dalam sektor kecantikan dan kesihatan dan Siti Halipah Yusuf, pengusaha makanan sejuk beku melalui syarikat beliau Ainaz Food.
Lawatan ilmiah KEJORA ke wilayah PERDA berakhir di Kilang Jeruk Madu Pak Ali, produk jeruk yang menjadi produk ikonik kepada negeri Pulau Pinang yang terletak di Taman IKS PERDA Tasek, SPS. Di sini para peserta dapat menyaksikan sendiri bagaimana proses pembuatan jeruk dilakukan.
Para peserta juga berpeluang merasa dan membeli produk-produk jeruk madu yang terdapat di sini sebelum bergerak pulang.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas