9 September 2025 | Hotel Iconic, Bukit Mertajam
Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Anti Rasuah (MPGIA) Siri 1/2025 telah berlangsung pada 9 September 2025 bertempat di Hotel Iconic, Bukit Mertajam.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran warga kerja PERDA khususnya Kumpulan Pelaksana, terhadap kepentingan integriti, tadbir urus yang baik serta pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Pada masa yang sama, nilai-nilai murni seperti amanah, telus dan bertanggungjawab terus dibudayakan dalam setiap tindakan dan keputusan kerja seharian. Usaha ini turut memberi penekanan kepada pencegahan salah laku seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa melalui pengetahuan mengenai mekanisme pencegahan serta saluran pelaporan yang betul.
Dengan langkah ini, PERDA menyokong penuh usaha ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang bebas rasuah, berasaskan tadbir urus yang cekap serta berintegriti.

GALERI GAMBAR