Kunjungan Hormat ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
22 Mei 2025  |   Kompleks Kraf, Kuala Lumpur

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Delegasi PERDA yang diketuai oleh Pengurus Besar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk 'Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, bersama barisan pegawai kanan agensi.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam usaha memperkasa pembangunan sosioekonomi luar bandar melalui aktiviti berasaskan kraftangan, khususnya di negeri Pulau Pinang.

PERDA amat menghargai keterbukaan serta sokongan berterusan daripada pihak Kraftangan Malaysia dalam memperkukuh industri tempatan dan memperluas peluang keusahawanan kepada kumpulan sasar.

Semoga hubungan erat ini terus diperkukuh demi manfaat bersama dan pembangunan mampan komuniti Bumiputera luar bandar Pulau Pinang.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.