27 Februari 2025 | Ibu Pejabat PERDA
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk mewujudkan kerjasama strategik di antara penyedia tenaga kerja dengan penempatan tenaga kerja dalam bidang teknikal, serta berkongsi kepakaran dan teknologi semasa di antara institusi dan industri.
Industri yang terlibat adalah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk bidang Industri Sawit, PBA Resources Sdn Bhd dalam bidang Kursus Rawatan Industri Air, AMS Great Resources Sdn Bhd dalam bidang automotif dan peluang usahawan, Scientific & Technical Products dalam bidang Cybersecurity, serta Optik Prima Sdn Bhd dalam bidang Fiber To The Home (FTTH).
Kerjasama pihak industri dan institusi TVET yang kukuh amat signifikan dalam memastikan padanan antara penawaran dengan permintaan (demand and supply) dalam membantu institusi TVET tempatan menyediakan keperluan kursus-kursus berteras industri berteknologi tinggi berdasarkan kepada kehendak industri.
Oleh yang demikian, daripada persefahaman-persefahaman (untuk tempoh 3 tahun) yang dapat disempurnakan akan menjadi harapan dan tujuan agar PERDA-TECH dapat terus kekal relevan dengan menawarkan program-program pengajian kemahiran yang seiring dengan perkembangan teknologi dan mengikut kehendak industri serta terus menjadi penyumbang tenaga kerja mahir kepada negara.
Mudah-mudahan kerjasama strategik ini dapat mengukur dan menilai situasi semasa industri di Malaysia, pada masa yang sama mampu menambah baik hala tuju TVET dalam perancangan sumber dari segi pengetahuan, peralatan/perkakasan dan pembangunan modal insan kepada semua pihak yang terlibat.