Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah mengadakan lawatan rasmi ke Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertempat di Taman Teknologi, MRANTI, Bukit Jalil.
Delegasi PERDA-TECH diketuai oleh Tuan Haji Zolkhifli bin Mohamed, Pengarah PERDA-TECH diiringi Encik Muhammad Azwan bin Zakaria, Timbalan Pengarah PERDA -TECH bersama ahli Sekretariat Inovasi PERDA-TECH.
Lawatan ini bertujuan untuk:
- Meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang inovasi & teknologi
- Meningkatkan keterlibatan pelajar dalam projek berimpak tinggi
- Menyokong agenda pembangunan bakat dan pemerkasaan TVET negara
Sepanjang sesi lawatan, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan serta merangka peluang kolaborasi terutamanya dalam aspek pemindahan teknologi, pembangunan produk inovatif, dan penyelidikan bersama.
PERDA-TECH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM dan pihak YIM atas sambutan mesra dan sesi perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat demi kemajuan pendidikan TVET dan inovasi tempatan.