PERDA Komited Bantu Penubuhan Perbadanan Pengurusan Blok 6 & 7, Bandar Baharu Teluk Kumbar

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
29 April 2025   |   Teluk Kumbar

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus komited dalam usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti apabila satu sesi perjumpaan bersama penduduk Blok 6 dan Blok 7, Perumahan Kos Rendah Bandar Baharu Teluk Kumbar telah diadakan hari ini.

Program ini bertujuan untuk menerangkan langkah-langkah penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi memastikan pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan kawasan kediaman lebih sistematik, teratur dan lestari.

Dalam sesi yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar PERDA, penduduk diberi penerangan berkenaan kepentingan MC termasuk penyelenggaraan lif, sistem air, kebersihan kawasan, keselamatan komuniti dan penambahbaikan fasiliti bersama.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, PERDA telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembaikan tangki air, jalan dan saliran bagi memastikan keselesaan penduduk. Dengan pertambahan kos penyelenggaraan semasa, penubuhan MC menjadi langkah terbaik untuk memastikan pembangunan komuniti dapat diteruskan dengan lebih efektif.

Penduduk turut diberi ruang untuk bertanya dan berkongsi pandangan secara terbuka, menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan penubuhan MC ini.

PERDA akan terus menyokong dan memandu komuniti sepanjang proses ini agar kawasan perumahan Blok 6 dan 7 terus kekal terjaga, selesa dan selamat untuk didiami.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.