PERDA-TECH Sertai Ekspo TVET@KKDW 2025 dan Raih Kejayaan Cemerlang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
10 - 12 Oktober 2025   |   Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh

Ekspo TVET@KKDW 2025 telah dirasmikan dengan penuh meriah oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, di Indera Mulia Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak.

Dalam majlis perasmian tersebut, PERDA-TECH telah menerima Alat Bantu Mengajar BYD Qin Training Set bernilai RM906,432.60 sumbangan daripada Beifang, sebagai salah satu inisiatif memperkukuh kemudahan pembelajaran dalam bidang automotif elektrik di institusi tersebut.

Sebagai tanda penghargaan, cenderahati berupa hasil ukiran tangan oleh En. Fadhil Latiffi turut diserahkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri semasa sesi lawatan tapak pameran berlangsung.

Sempena ekspo yang berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober 2025, PERDA-TECH turut mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti berkaitan kemahiran serta inovasi TVET.

Hasil daripada penyertaan tersebut, PERDA-TECH telah berjaya meraih enam (6) kemenangan dalam beberapa kategori pertandingan, iaitu:

1️⃣ Pertandingan Operasi Drone – Johan
2️⃣ Pertandingan Arca Kreatif – Tempat Ketiga
3️⃣ KKDW Fashion-Techno Competition – Johan
4️⃣ KKDW Fashion-Techno Competition – Tempat Ketiga
5️⃣ KKDW Runway Project – Tempat Ketiga
6️⃣ Cabaran Teh Tarik – Tempat Ketiga

Kejayaan ini membuktikan keupayaan pelajar dan tenaga pengajar PERDA-TECH dalam menerapkan kemahiran teknikal, kreativiti, dan inovasi yang selaras dengan aspirasi Kemajuan Desa dan Wilayah melalui pendidikan TVET.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang telah mengharumkan nama PERDA-TECH di pentas kebangsaan. Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melahirkan tenaga mahir berdaya saing dalam bidang kemahiran dan teknologi masa depan.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.