Telah berlangsung pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi Kemasukan Julai 2025 di PERDA-TECH. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah terpilih untuk menyambung pengajian di institusi ini.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan anda, dari hari pertama sehingga berjaya menggenggam segulung Sijil atau Diploma di PERDA-TECH kelak.
Seiring dengan pendaftaran ini, satu Sesi Taklimat kepada Ibu Bapa/Penjaga telah diadakan dan disampaikan oleh Tuan Haji Zolkhifli bin Mohamed, Pengarah PERDA-TECH.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan:
-
Maklumat asas institusi
-
Kaedah pembelajaran
-
Peraturan asas yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian
Pihak PERDA-TECH amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu serta berharap agar mereka dapat menyesuaikan diri dan menjalani kehidupan kampus dengan cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan disiplin.
Selamat maju jaya dan selamat datang ke PERDA-TECH!