Majlis Apresiasi Luar Bandar Cerdik STEM 2024

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 Jun 2025  |  Hotel Ixora, Perai

Majlis ini bertujuan untuk meraikan para guru penyelaras dan pentadbir sekolah yang telah memberi komitmen serta sumbangan pada tahun 2024 dalam merealisasikan pelbagai program bersama pihak sekolah melalui inisiatif Program Luar Bandar Cerdik STEM.

Program Luar Bandar Cerdik STEM ini adalah merupakan program dorongan minat dan pemerkasaan pencapaian akademik di dalam bidang Sains, Teknologi, Matematik dan Engineering (STEM) kepada pelajar-pelajar luar bandar daripada sekolah-sekolah di bawah kawasan operasi PERDA.

Selaras dengan hasrat negara yang ingin melahirkan lebih ramai tenaga pakar dan mahir di dalam bidang sains dan teknologi, inisiatif ini akan dapat membantu di dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai bilangan pelajar yang memilih aliran STEM di peringkat sekolah menengah atas hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Secara keseluruhan pada tahun 2024, seramai 4556 orang sekolah kebangsaan dan 2527 orang pelajar sekolah menengah telah menerima manfaat menerusi beberapa siri program di bawah inisiatif Program Luar Bandar Cerdik STEM.

PERDA beriltizam untuk memastikan tiada pelajar Melayu Bumiputera di Pulau Pinang yang tercicir daripada arus pendidikan teknologi. Saya percaya, pelajar luar bandar juga mampu menjadi saintis, jurutera, dan pencipta masa depan negara jika diberi peluang dan pendedahan awal yang bersesuaian.

Sehubungan dengan itu, PERDA sentiasa akan bergerak melalui pelbagai program Pendidikan STEM sepanjang tahun 2025 seperti The Mighty STEM, Tutorial STEM SPM, PERDA Robotic dan lain-lain.

Oleh itu, program seperti ini akan terus diperkasa dari semasa ke semasa. Saya berhasrat untuk melihat peningkatan ketara dalam bilangan pelajar Bumiputera luar bandar yang memilih aliran sains di peringkat menengah dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan profesional yang kritikal kepada pembangunan negara.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.