Kejohanan Ping Pong Piala Pengurus Besar PERDA 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
26 Februari 2025   |   Butterwoth

Kejohanan Ping Pong Piala Pengurus Besar PERDA telah berlangsung dengan jayanya hari ini, menyaksikan penyertaan ramai staf yang turun ke gelanggang sebagai pemain.

Lebih istimewa, kejohanan kali ini turut disertai oleh Dato’ Pengurus Besar, Dato’ Hj Mohd Asri Baharum, yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi bersama warga kerja PERDA. Kehadiran beliau menambahkan lagi kemeriahan kejohanan dan memberi inspirasi kepada para peserta.

Kejohanan ini bukan sahaja mencetuskan semangat kesukanan yang tinggi, tetapi juga mengeratkan hubungan antara warga kerja PERDA. Pertandingan yang penuh sengit ini menyaksikan aksi hebat daripada setiap peserta, dengan sorakan padu daripada rakan-rakan sekerja.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian serta menjayakan kejohanan ini! Teruskan semangat kesukanan dan kita jumpa lagi di kejohanan akan datang!

Kredit Foto : ASWADI AB
Kredit Berita : SAUDARA AZMAN

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.