Majlis Penutupan PRC 2025 dan PERDA Drone Challenge

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
4 September 2025   |    Dewan Utama, PERDA-TECH

Majlis Penutupan Karnival Inovasi dan Robotik PERDA-TECH serta Penyampaian Hadiah Pertandingan PERDA Robotic Challenge (PRC 2025) telah disempurnakan oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA bertempat di Dewan Utama PERDA-TECH.

Program ini melibatkan lebih 72 buah sekolah dengan penyertaan dalam pelbagai kategori pertandingan robotik, selain memperkenalkan inisiatif baharu iaitu PERDA Drone Challenge (PDC) yang memberi pendedahan kepada pelajar dalam teknologi dron dan pengaturcaraan.

PERDA komited untuk terus memupuk minat pelajar luar bandar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui Program Luar Bandar Cerdik STEM.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.