19 Oktober 2025 | Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas
Seramai 40 usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menyertai Program Pemasaran Digital Usahawan yang dianjurkan bagi meningkatkan keupayaan mereka memasarkan produk secara dalam talian selaras dengan trend semasa ekonomi digital.
Program ini telah berlangsung pada 19 Oktober 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang.

Program ini memberi tumpuan kepada teknik promosi, strategi menjana jualan, penjenamaan, penghasilan kandungan media sosial serta penggunaan platform e-dagang bagi membantu usahawan memperluas capaian pasaran. Peserta turut didedahkan dengan teknik penggunaan iklan berbayar serta kaedah menghasilkan bahan promosi yang lebih berkesan dan bersasar.
Program ini juga diharapkan menjadi nilai tambah kepada para peserta untuk memperkukuh jenama masing-masing di medium digital serta menembusi pasaran lebih luas di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas