26 Oktober 2025 | Selangor
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini hadir ke Program Latihan Professional Commercial Scuba Diving dan Commercial Air Diving (PLASK), satu inisiatif latihan berimpak tinggi yang membuka peluang kepada golongan B40 untuk menceburi bidang penyelaman komersial bertaraf antarabangsa.
Program ini dianjurkan oleh Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dengan kerjasama Commercial Diver Network International (CDNI). Ia bertujuan memberi pengetahuan, kemahiran dan kelayakan profesional kepada peserta dalam bidang penyelaman industri, termasuk kimpalan bawah air, kerja penyelamatan, pemeriksaan bawah air serta pembinaan marin.
Melalui kursus intensif selama 15 hari, peserta menjalani latihan merangkumi:
✅ Kelas Berenang
✅ CDNI Competent Commercial Scuba
✅ CDNI Competent Commercial Air Diver
✅ Welding & Cutting Underwater
✅ Construction Diver Level 1 & 2 (CIDB)
Peserta yang berjaya menamatkan latihan ini bakal menerima sijil profesional yang diiktiraf antarabangsa, antaranya:
✅CDNI Competent Commercial Scuba Level 1
✅CDNI Competent Commercial Air Diver Level 2
✅Underwater Welding Certified by Bureau Veritas
✅Construction Diver Level 1 & 2 (CIDB)
Kehadiran Pengurus Besar PERDA ke program ini menzahirkan komitmen berterusan PERDA dalam memperkasakan kemahiran belia tempatan, khususnya daripada golongan B40, agar mampu membina kerjaya berpendapatan tinggi dalam sektor penyelaman komersial dan industri marin.
Usaha ini sejajar dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030, yang menekankan pembangunan tenaga kerja mahir dan berdaya saing di peringkat global.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas









