10 Februari 2025 | PERDA-TECH
Majlis Penasihat Akademik Pelajar PERDA-TECH merupakan kesinambungan kepada program Mentor Mentee yang telah dilaksanakan sebelum ini. Program ini bertindak sebagai satu saluran yang membolehkan Penasihat Akademik yang merupakan pensyarah-pensyarah jabatan pengajian dan pelajar berinteraksi di antara satu sama lain.
Penasihat Akademik Pelajar PERDA-TECH merupakan satu bentuk sokongan yang disediakan oleh pihak Hal Ehwal Akademik PERDA-TECH di bawah Unit Program Pembangunan Insan (Aktiviti Pelajar) kepada semua pelajar sijil dan diploma sepanjang tempoh pengajian mereka di sini.
Objektif utama pelaksanaan program ini ialah membolehkan para pelajar untuk mendapat khidmat nasihat dan bimbingan yang berkaitan hal ehwal akademik, kebajikan, sosial dan disiplin bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka sepanjang tempoh pengajian di PERDA-TECH.
Perjumpaan pertama yang telah diselaraskan oleh Cik Munirah binti Mostapa Kamal dan Encik Zubbir bin Zainal ini melibatkan 59 orang Penasihat Akademik dengan tema “REFLEKSI DIRI & RANCANGAN PENGAJIAN SESI JANUARI 2025”.
Penasihat Akademik dan pelajar berbincang tentang keputusan pelajar semester lalu serta perancangan bagi menghadapi subjek-subjek semester ini. Adalah diharapkan dengan pertemuan ini pelajar mendapat tips dan panduan bagi menghadapi sesi pengajian dan pembelajaran kali ini serta dorongan untuk berhadapan denga napa saja cabaran yang mendatang.
GALERI GAMBAR