29 November 2025 | Simpang Ampat, SPS
Sejurus tamatnya Majlis Konvokesyen PERDA-TECH Ke-14, YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, KKDW), bersama barisan kepimpinan PERDA yang diketuai oleh Pengurus Besar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, telah meneruskan lawatan kerja strategik ke Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. (Jeruk Madu Pak Ali).
Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Urusan, Dato' Haji Alias bin Haji Ali.
Secara umumnya, lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan operasi terkini kilang Jeruk Madu Pak Ali di Kawasan Perindustrian IKS PERDA Tasek di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
Syarikat ini merupakan ikon agro dan usahawan bimbingan PERDA yang telah menjadi pengeluar jeruk buah-buahan terulung di Malaysia dan antarabangsa sekaligus menunjukkan kejayaan program pembangunan usahawan Bumiputera di bawah naungan PERDA.
Lawatan ini menggariskan komitmen kementerian dan agensi terhadap pengukuhan rantaian bekalan dan ekosistem keusahawanan di negeri Pulau Pinang.
Rentasi Global Bersama Pak Ali Food Industries
- Hits: 69
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)