Majlis Temu Mesra PERDA bersama penyewa-penyewa PERDA di premis Makan Makan @ Sungai Acheh telah dilaksanakan pada 11 Julai 2025 bertempat di Makan Makan @ Sungai Acheh, SPS. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang termasuk penyewa, penduduk setempat dan orang ramai yang menyewa di premis Makan Makan @ Sungai Acheh.
Majlis ini diadakan bagi melihat keterlibatan penyewa-penyewa yang menyewa di premis PERDA Makan Makan @ Sungai Acheh, mewujudkan persekitaran yang harmoni di kawasan operasi PERDA, menjalinkan hubungan baik antara PERDA dan penyewa dan menyalurkan maklumat berkaitan PERDA.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato' Haji Rashidi bin Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar merangkap Timbalan Pengerusi PERDA.
Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Encik Mohd. Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal dan pegawai pegawai PERDA.