12 - 13 Februari 2025 | Butterworth
“Sinergi AI ChatGPT dan QuillBot” 2025
“Sinergi AI ChatGPT dan QuillBot” 2025
Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Transformasi Penulisan Laporan Tahunan dan Pemantauan Projek Pembangunan PERDA bertemakan "Sinergi AI ChatGPT dan QuillBot" pada 12 hingga 13 Februari 2025 yang lalu di Ibu Pejabat PERDA.
Bengkel ini telah melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta dari pelbagai bahagian, yang telah disampaikan oleh pihak URC Global Care Sdn. Bhd.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memperkenalkan kelebihan serta cara penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengurusan kerja. Peserta turut didedahkan dengan alat penulisan berasaskan AI seperti ChatGPT dan QuillBot, yang bertujuan untuk mempermudahkan penghasilan kandungan serta meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam proses penulisan.
Foto: Bahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
GALERI GAMBAR