Majlis Anugerah Perkhidmatan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
15 April 2025   |   Butterworth

Seramai 40 anggota kerja PERDA telah menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PERDA bagi tahun 2024. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA, YBhg. Dato’ Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA serta Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA.

Majlis yang berlangsung di Dewan Mutiara Wawasan ini menyaksikan seramai 23 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 15 orang dianugerahkan Anugerah Penghargaan. Turut diraikan ialah seorang penerima Anugerah Penghargaan Pengurus Besar serta seorang penerima Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun atas khidmat bakti dan dedikasi berterusan kepada agensi ini.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah!
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.