Satu lawatan akademik/industri telah dijalankan ke tapak fertigasi terbuka tanaman timun/peria milik Koperasi Tani Pulau Pinang dengan kerjasama KoPERDA serta rakan strategik industri iaitu Advansia Sdn Bhd dan Green World Genetic Seed Company (GWG). Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kursus CAE2133: Amalan Kejuruteraan dan Teknologi dalam Pertanian, khusus untuk pelajar Semester 3 Program Sijil Kejuruteraan Pertanian.
Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat secara langsung kaedah fertigasi dalam penanaman sayuran berbuah seperti timun dan peria. Di samping itu, pelajar dapat memahami aplikasi sebenar teknologi pertanian moden, penggunaan input pertanian yang efisien serta peranan pihak industri dalam menyokong pembangunan pertanian negara.
Kerjasama antara institusi pendidikan, koperasi tempatan dan pihak industri seperti ini sangat penting dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi cabaran dalam sektor pertanian moden.

GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas