Program PERDA Perkasa Komuniti dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang Ke-68 Bersama Komuniti Taman Ekor Kucing, Tasek Gelugor

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
23 Ogos 2025   |    Tasek Gelugor
 
Pada 23 Ogos 2025 PERDA telah mengadakan Program PERDA Perkasa Komuniti dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang Ke-68 Bersama Penduduk Taman Ekor Kucing, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Objektif Program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat melalui program-program anjuran PERDA.

Disamping itu juga, menjalinkan hubungan baik dan kerjasama bagi projek-projek perumahan yang dilaksanakan oleh pihak PERDA. Selain itu, untuk menyemarak semangat kemerdekaan di kalangan komuniti setempat.

Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran 150 orang penduduk dengan acara-acara menarik yang telah dirancang dengan kerjasama Jawatankuasa Komuniti Ekor Kucing, PUSPANITA PERDA, Tadika dan Taska KEMAS Ekor Kucing dan Perpustakaan Desa Ekor Kucing.

Program ini telah di rasmikan oleh Puan Noor Hayati Binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Ucapan Aluan oleh Encik Mohd Baharitarmezi Bin Ibrahim, Ketua Komuniti Taman Ekor Kucing, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKKP) Ekor Kucing dan ucapan, Encik Tal Zamzuri Bin Mohd Yusoff Wakil Yb Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican. Program ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal PERDA.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.