Bengkel Pelaksanaan dan Pemurnian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
12 - 13 Jun 2025  |   Copthorne Hotel, Cameron Highlands

Pada 12 hingga 13 Jun 2025 yang lalu, telah berlangsung Bengkel Pelaksanaan dan Pemurnian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PERDA bertempat di Everly Hotel, Putrajaya. Bengkel ini dianjurkan sebagai langkah persediaan ke arah penjenamaan semula EKSA serta sebagai platform perbincangan bagi penambahbaikan dan pemurnian selaras dengan garis panduan terkini.

Seramai 15 orang ahli jawatankuasa EKSA telah menyertai bengkel ini, yang turut dihadiri oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

Bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh komitmen organisasi dalam mengamalkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berimej korporat.

Foto : Asrul Affendy
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.